Monday, July 1, 2013

Sahabat

Assalamualaikum...

SAHABAT...satu perkataan yang tidak asing dalam diri seseorang temasuk Illa sendiri. Tanpa SAHABAT kita ibarat terkapai-kapai keseorang tanpa sesiapapun..SAHABAT tempat kita bekongsi suka dan duka. Hidup seseorang tidak akan lengkap tanpa adanya seseorang yang bergelar SAHABAT. Bagi Illa sendiri SAHABAT sangat penting, mereka merupakan orang kedua yang terpenting selepas keluarga. Merekalah tempat kita meluahkan perasaan. 

Lagu Teman sejati oleh kumpulan nasyid Brothers..Hayatilah lirik lagu ini, ia membawa erti yang sangat besar untuk seseorang individu....Dengan lagu ni terus rasa sebak..teringat dengan sahabat2 illa lama dah tak jumpe dengan dorang..Rindu dengan sahabat2 Illa, arap2 mereka baik2 dan epy2 jer.

Selama ini 
Kumencri-cari 
Teman yang sejati 
Buat menemani 
Perjuangan suci

Bersyukur kini 
PadaMu Illahi 
Teman yang dicari 
Selama ini 
Telah kutemui

Dengannya di sisi 
Perjuangan ini 
Senang diharungi 
Bertambah murni 
Kasih Illahi 
KepadaMu Allah 
Kupanjatkan doa 
Agar berkekalan 
 Teman Sejati
Kasih sayang kita

Kepadamu teman 
Ku pohon sokongan 
Pengorbanan dan pengertian 
Telah kuungkapkan 
Segala-galanya...

KepadaMu Allah 
Kupohon restu 
Agar kita kekal bersatu 
Kepadamu teman 
Teruskan perjuangan 
Pengorbanan dan kesetiaan 
Telah kuungkapkan 
Segala-galanya 
Itulah tandanya 
Kejujuran kita



"Selemah-lemah manusia ialah yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lemah ialah mensia-siakan sahabat yang telah dicari ..." Saidina Ali.




Wednesday, June 19, 2013

Mood na balik umah...

Assalamualaikum...

Tinggal beberapa jam sahaja lagi Illa akan meninggalkan bumi USM..sedihnya hanya Allah sahaja tau..tunggu bulan 9 nanti pula baru datang USM ..sayangnya nak tinggalkan USM..huhu..tetapi terpaksa kerana Illa sudah pun berjaya menamatkan pelajaran Illa selama 4 tahun di USM...

Malam ni bas Illa pukul 9.00 malam..banyak betul barang yang perlu dibawa pulang...Ia lah kan duk USM dah 4 tahun mestilah berlambak barang yang dikumpul..hehe..pa pe pun..semoga Illa selamat sampai di rumah, dijangka tiba pada  jam 5.30 pagi..PULAU PENANG - KUALA TERENGGANU..Semoga dipermudahkan setiap urusan..Amin..




Tiket bas Illa malam ni...(^_^)


Terima kasih kerana sudi membaca...(^___^)

Tuesday, June 18, 2013

Rindu USM...

Assalamualaikum...

Lama dah tak buka blog sendiri, lebih kurang 3 bulan lebih. Busy punya pasal la ni. Alasan..hehe..praktikal sebagai guru sudah pun selesai pada 23 Mei 2013. Maka boleh dikatakan berakhirnya Illa sebagai pelajar USM dan bakal konvo pada bulan 9 nanti..MOOD SEDIH..kawan2 semua dah balik kampung halaman masing-masing, Illa jer masi duk kat USM..tengok budak2 USM pi ambil exam..sedih rasa na tinggalkan USM coz banyak kenangan Illa kat USM, nak2 bersama-sama kawan2..

Rindu nak masuk kuliah, tutor, buat kajian lapangan, assingment, lepak dengan kawan2..RINDU SANGAT2...nak buat camne, stdy pun dah habis..sekarang perlu pikir kedepan...banyak lagi cabaran yang perlu Illa tempuhi dimasa hadapan, nak2 sekarang cikgu lambat posting..

Kenangan dengan bakal2 cikgu sejarah 


Sambutan Hari Raya AidilAdha dengan geng2 PERMATA


Enjoy di Genting Highland bersama dengan geng2 PERSIS..


Terima Kasih kerana sudi membaca...(^___^)

Saturday, March 16, 2013

PEPLUM OH PEPLUM....

Assalamualaikum....

PEPLUM....sekarang ni minat pula nak kumpul baju jenis peplum...cantikk kot..ape lagi,cari lah kat google baju peplum yang cantik2..tapi, nak beli secara online takut tak sesuai dengan badan lak..ye lah kan..kain ok,baju pulak x ok..pikir punya pikir baik suruh je tukang jahit buatkan...baru puas ati...

Ape lagi..misi sekarang cari baju peplum yang cantik2 kat online, boleh lah bagi sumber inspirasi nak suh tukang jahitkan buatkan....

PEPLUM kesukaan Illa..

Suka sangat-sangat baju peplum ni..CANTIK..warna dia merupakan warna kesukaan Illa


Warna kontra...nampak ada stail...riben dia nampak comel, mesti comel kan kalu Illa pakai..hehe..(perasan)



Warna biru bukanlah warna kesukaan Illa..tapi disebabkan design baju peplum ni nampak cantik..terus mau beli kain warna biru..(^__^)


Corak yang ada dekat lengan membuatkan Illa jatuh cinta dengan baju ni..SETUJU TAK??hehe



Sunday, February 10, 2013

Pengalaman pertama bergelar sebagai seorang guru praktikal

Assalamualaikum....


4.2.2013 bermula lah tugas Illa sebagai seorang guru praktikal di Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Kumbar. Tidak dapat digambarkan bagaimana perasaan pada masa itu..gembira, sedih, takut, berdebar-debar. Semuanya bercampur sekali. Illa telah diberikan tugas untuk mengajar form1, 2 dan 4 untuk subjek sejarah dan geografi. Kini, selama 5 hari Illa telah mengajar di sekolah tersebut. Boleh dikatakan banyak cabaran sudah Illa tempuhi bagi seseorang yang belum pernah menjadi guru. Antaranya ialah situasi menghadapi anak murid Illa yang boleh dikatakan nakal.emmm...SABAR...SABAR..SABAR..itulah kata-kata yang selalu aku tanam dalam diri agar dapat menempuhi tugas sebagai guru praktikal dengan baik.


Matlamat Illa semasa menjalani praktikal ini adalah ingin melahirkan murid yang berilmu, berpengetahuan, ingin mendidik anak murid Illa serta untuk menabur bakti demi nusa dan bangsa.Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa tugas sebagai seorang guru amat berat sekali.Namun Illa akan cuba sedaya upaya untuk mendidik mereka. Illa amat berharap agar Illa diberikan kekuatan untuk menempuhi cabaran untuk mengajar muridku.aku akan pastikan prestasi mereka meningkat dari semasa ke semasa dan cuba menarik minat mereka terhadap subjek sejarah yang dikatakan antara subjek yang amat membosankan...InsyaAllah..

Sempat agi bergambar dalam bilik komputer...:P


Saya..CIKGU ASHILA...(^__^)



Monday, January 21, 2013

Terengganu.."Home Sweet Home"

Assalamualaikum...

Home Sweet Home...pejam celik pejam celik..tak sangka esok dapat gak Illa balik kampung...sekarangkan pelajar USM tengah cuti sem...ambil lah peluang ni bercuti kat umah..nak2 Illa bakal praktikal awal bulan 2 kena la balik umah sekejap jumpa family...banyak lak perancangan bila dah balik kampung nanti...pertamanya mestilah suruh mak masak sedap2..dah lama tak makan masakan mak..rindu..nak2 Illa ni jenis kuat makan..hehehehehe...Jumpe kawan, jalan2 kat bandar Kuala Terengganu, pergi pantai memang aktiviti yang biasa dilakukan bila dah balik kampung...




Keropok Lekor..makanan yang wajib dibeli bila dah balik terengganu..keropok lekor beratur..huhu



Nasi Dagang..dah lama tak makan sejak merantau ke negeri orang nii...mesti makan puas2 bila dah balik Terengganu..


Terima Kasih sudi membaca..(^__^)



Sunday, January 20, 2013

Akhirnya....

Assalamualaikum....

Best ke ada blog??
emmm...majoriti Illa tanya member Illa semua cakap best giler ada blog ni..ko nak tulis pa pe pun tak de orang kisah.ye ke??pikir punya pikir akhirnya Illa berjaya membuat satu blog sendiri...Aku adalah Illa Jaafar...hentam sajelah nak tulis tajuk pe.janji Illa bahagia..hehehe..

Sebelum ni, Illa hanye suke bace blog orang lain je, tidak terpikir lak mahu ada blog sendiri..salah satu sebabnya Illa malas bab menulis@mengarang ni..xsuke...hehe..Illa paling suka baca blog Fatin Liyana dan Yuyu Zulaikha..Illa suka baca blog diorang ni coz minat diorang sama dengan Illa..salah satunya mestilah bergambar..hahaha...



Siapa yang tidak kenal lagi Yuyu zulaikha??ni dia...comel kan..Yuyu Zulaikha ni kecik2 molek je macam    aku..hehe..perasan..:P


Ni pulak..mesti kamu semua dah kenal kan antara blogger terkenal di Malaysia..siapa lagi kalu bukan Fatin Liyana..cantik kan dia...dah la terkenal, pandai, cantik pulak tu....



Ini pulak siapa??cube teka..hehe..siapa lagi kalu bukan Illa Aku adalah Illa Jaafar..comel x??gambar tak jelas sangat..biasa lah guna kamera murah..next time kena beli DSLR...InsyaAllah..

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga membuat blog sendiri walaupun banyak kekurangan lagi..next time kena rajin2 kan diri menulis di blog ni, kalu tak macam tak bertuan lak blog Aku adalah Illa Jaafar..hehe

Terima kasih kepada yang sudi membaca..(^__^)