4.2.2013 bermula lah tugas Illa sebagai seorang guru praktikal di Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Kumbar. Tidak dapat digambarkan bagaimana perasaan pada masa itu..gembira, sedih, takut, berdebar-debar. Semuanya bercampur sekali. Illa telah diberikan tugas untuk mengajar form1, 2 dan 4 untuk subjek sejarah dan geografi. Kini, selama 5 hari Illa telah mengajar di sekolah tersebut. Boleh dikatakan banyak cabaran sudah Illa tempuhi bagi seseorang yang belum pernah menjadi guru. Antaranya ialah situasi menghadapi anak murid Illa yang boleh dikatakan nakal.emmm...SABAR...SABAR..SABAR..itulah kata-kata yang selalu aku tanam dalam diri agar dapat menempuhi tugas sebagai guru praktikal dengan baik.
Matlamat Illa semasa menjalani praktikal ini adalah ingin melahirkan murid yang berilmu, berpengetahuan, ingin mendidik anak murid Illa serta untuk menabur bakti demi nusa dan bangsa.Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa tugas sebagai seorang guru amat berat sekali.Namun Illa akan cuba sedaya upaya untuk mendidik mereka. Illa amat berharap agar Illa diberikan kekuatan untuk menempuhi cabaran untuk mengajar muridku.aku akan pastikan prestasi mereka meningkat dari semasa ke semasa dan cuba menarik minat mereka terhadap subjek sejarah yang dikatakan antara subjek yang amat membosankan...InsyaAllah..
Sempat agi bergambar dalam bilik komputer...:P
Saya..CIKGU ASHILA...(^__^)
No comments:
Post a Comment